Friday, March 8, 2013

hadith palsu berkaitan azab wanita.

bismillah..

sangat banyak hadith palsu bagai on my fb.. dan ia sangatlah menyakitkan pandangan mata.an example contoh hadith palsu 
 
dan ini penjelasan

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain...."

(Hadith Riwayat Bukhari) <-- tak pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari (jgn pandai2)


Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN. Hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Nabi s.a.w., seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha, Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali. Di bawah ini kami datangkan beberapa fatwa dari para ulama:

1. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi 17/165

"Pihak Jawatankuasa Fatwa melihat penyebaran hadith ini adalah satu PENDUSTAAN ke atas Nabi s.a.w., dan ke atas sesiapa yang dinisbahkan kepada mereka periwayatannya. Sesiapa yang mereka-reka dan menyebarkannya ia layak mendapat ancaman dari Nabi s.a.w. dengan sabda baginda: "Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggalnya di dalam neraka." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baz di dalam Majmu' al-Fatawa 8/305 berkata:

"Hadith ini diketahui ramai, disebarkan oleh ramai orang, ia adalah hadith yang BATIL dan DUSTA ke atas Nabi s.a.w. Ia tidak ada asalnya, termasuk di dalam hadith-hadith PALSU yang didustakan ke atas Nabi s.a.w, ke atas 'Ali dan Fatimah r.a. Teramat banyak perkara yang telah didustakan oleh sebahagian Syiah ke atas 'Ali r.a. Maka hendaklah sesiapa yang sampai kepadanya hadith ini, untuk dia menghapuskannya dan memberitahu tahu kepada orang lain yang hadith ini adalah satu PENDUSTAAN. Allahlah tempat meminta pertolongan."

so, before tekan button share, be aware. mmg benda baik, tapi kena tahu cara untuk tidak mendapatkan dosa free. :)

Thursday, March 7, 2013

sultan Mehmet al-Fateh

Bismillahirahmanirahimmm..

Sultan Mehmet al-Fateh.

tak kenal maka tak cinta kan.


too many yang dah cerita sejarah sebaik-baik raja. just share sikit.

Rasulullah saw pernah bersabda: " Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera" (HR IMAM AHMAD)

Tentera : tiada yang pernah tingal solat wajib selepas baligh, dan separuh x pernah tinggal tahajud.(Allah!)
SMAF: Tak pernah tinggal solat wajib, tahajud selepas baligh.

subhanallah..

  • Ketika beliau takluk kota Kontantinople umur beliau 21 tahun. 
  • 800 tahun percubaan perluasan kuasa sejak dari zaman Umayah. 
kenapa sampai 800 tahun,? 

okay here, 
first of all, tembok tebal and sepanjang laut(selat) diorang ade letak rantai besi yang menghalang kapal-kapal tentera islam datang serang.

dat's why. 

so taktiknya, tarik kapal perang ikut jalan darat. again. tarik kapal ikot darat. maneade pernah orang buat. dan buat meriam.  
after 50-53. they did it.

and tukar kepada nama Istanbul aku datang

i love history ! :)

that's all. actually saja tulis plus study benda ni. risau tengok lahad datu. ore ni kate BN, BN kate Anuar. entah bila nak sepakat membawa berkat, tak tahulah. 

hanya Allah, sebaik-baik tempat kembali.